Selasa, 04 Agustus 2009

Tujuh Tips Tampil Cantik Dgn Tudung

1. Tahukah kamu, tudung bercorak belang harimau amat tidak sesuai dipakai kerana menampakkan
watak garang seseorang wanita.

2. Baju dan tudung tidak boleh dipakai sedondon kerana tidak menarik, sebaliknya pakai yang
kontra agar tidak jemu dipandang. Untuk berjimat, banyakkan koleksi baju polos dan hanya
pelbagaikan corak tudung.

3. Tudung bercorak sesuai dengan baju polos sementara jika memakai tudung polos, pilih baju yang
bercorak. Digalakkan memakai baju kosong yang boleh dipadankan dengan banyak tudung
bercorak.

4. Sentiasa menyimpan satu atau dua helai tudung yang menarik di dalam kereta kerana jika tiba-
tiba kamu dijemput menghadiri sesuatu majlis selepas kelas atau pejabat, kamu tidak perlu pulang
ke rumah untuk bersiap. Sebaliknya, tukar sahaja tudung dan cara ikatan yang berbeza bersama
kerongsang berkilauan.

5. Warna juga amat memainkan peranan penting. Wanita muslim tidak sesuai memakai pakaian atau
tudung yang berwarna terang, sebaliknya pilihlah warnawarna pastel atau lembut.

6. Jangan tutup bahu dengan tudung kerana badan akan nampak lebih besar.

7. Wanita yang berbadan besar tidak digalakkan memakai dan menggayakan tudung besar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar